Tiang utiliti
Tiang utiliti

Tiang utiliti

Tiang utiliti merupakan sejenis tiang yang digunakan untuk menyokong talian bekalan elektrik ataupun pelbagai talian utiliti awam lain seperti telefon dan lampu jalan. Ia juga disebut sebagai tiang elektrik, tiang telefon atau tiang telegraf mengikut jenis perkhidmatan utiliti khusus yang menggunakannya. Kabel elektrik yang dipasang di atas tiang merupakan kaedah paling murah untuk memastikannya bertebat daripada tanah serta jauh daripada manusia dan kenderaan. Tiang utiliti diperbuat daripada kayu, logam, konkrit atau bahan komposit seperti gentian kaca. Ia digunakan untuk sistem penghantaran elektrik voltan rendah; talian penghantaran elektrik bervoltan tinggi pula diangkut melalui menara penghantaran elektrik.Tiang utiliti mula digunakan pada pertengahan abad ke-19 untuk sistem telegraf, bermula dengan cubaan Samuel Morse untuk menanam talian telegraf antara Baltimore ke Washington, D.C., tetapi dipindahkan ke atas tanah apabila sistem talian bawah tanah pada masa itu terbukti bermasalah.